Friday, July 22, 2011

Perperiksaan PTD

Aku bukannye expert sangat dengan pepriksaan PTD ni, cuma nak cerita sikit tentang pengalaman aku menjalani perperiksaan PTN dan pendapat aku yang mungkin boleh membantu sesiapa yang bakal menjalanni perperiksaan PTD.

First of all, biar aku cerita apa yang dilakukan semasa perperiksaan PTD peringkat pertama. Terdapat lima perperiksaan yang akan dijalankan iaitu tiga peperiksaan objektif dan dua lagi karangan. Perperiksaan pertama tentang pengetahuan am yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial, infranstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah, tanah, daerah, tempatan dan macam macam lagilah. Pada aku perperiksaan ini sesuai untuk mereka yang peka dengan perkembangan negara contohnya Rancangan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru, Satu Malaysia dan sebagainya. Aku memang amb
il tahu ala kadar je tentang benda benda ni, baca paper pun jarang. Lepas tu pulak 5 jam sebelum perperiksaan (pukul 4 pagi) aku baru terkial-kial nak bukak internet baca apa dah jadi kat negara aku ha ha. Memang untuk perperiksaan ni kebanyakannya aku hentam je. Ada juga soalan berkaitan komputer seperti open office, LAN, WAN dan sebagainya. ada 60 soalan masa diberikan 45 minit.

Perperiksaan kedua pulak soalan matematik dan IQ. yang ni memang kena laju mengira sebab soalan yang diberikan kebanyakannye memerlukan pengiraan. ada 40 soalan masa diberikan 45 minit jugak. banyak juga soalan kebarangkalian, tapi sejak aku matrik sampai ke universiti subject kebaragkalian la yang aku paling cemerlang sekali. So, memang tak ada masalah untuk aku walaupun dah lama aku tinggalkan tapi skill masih ada lagi heh heh. cuma 4 soalan terakhir aku hentam sebab soalan panjang sangat pastu berkait antara satu sama lain. Lupa nak bagitau kalkulator tidak dibenarkan, jadi tak perlulah korang bawak kalkulator.

Antara lima perperiksaan, yang ke-3 paling senang sekali aku rasa. ada 20 soalan je masa diberikan 35 minit. Diberi 4 karangan dan setiap karangan ada 5 soalan. dua karangan bahasa melayu dua lagi bahasa inggeris. Senang tapi kena jawab base on petikan yang diberikan bukan daripada pendapat peribadi o.k. Kalo dia kata merokok tu bagus dalam petikan tu kena jawab merokok tu bagus la walaupun sebenarnya tak bagus.

perperiksaan ke-4 ni agak leceh sebab kena tulis karangan. diberi 4 tajuk tapi kena pilih satu je. untuk yang ni rasanya kena banyak membaca dan meneliti artikel berkenaan alam sekitar, sosial, penswastaan,
ekonomi, innovasi dan sebagainya. carilah kat internet bagaimana nak memelihara sungai, menggalakkan kitar semula, alam sekitar dan sebagainya.

perperiksaan ke-5 yang paling leceh sekali, karangan bahasa inggeris. sama macam yang ke-4 tapi dalam bahasa inggeris. tapi rasanya isu yang diberikan lebih senang, advantage pada mereka yang bercakap bahasa inggeris hari hari. Yang tak bestnye time periksa tu lah tetiba vocaulary aku menjadi lemah giler. nervous kot. bila dah balik semua perkataan bahasa inggeris yang aku lupa masa periksa tadi aku ingat balik adoi. mungkin jugak aku tak cukup tido sebab malam tu aku tak tido langsung.

tips aku untuk meraka yang nak ambil perperiksaan PTD:

1) Study sejak terima surat panggilan. rajin rajin lah baca buku, surat khabar, internet dan tengok berita. mengira dan mengarang. Jangan buat macam aku 5 jam sebelum periksa baru nak study.
2) Pastikan tidur secukupnya sebelum mengambil perperiksaan. Jangan jadi macam aku yang tak tido lansung.
3) Sediakan peralatan secukupnya sehari sebelum perperiksaan seperti pensil 2B. pemadam, pen, liquid paper dan pengasah pensil. Peralan lain terpulanglah kepada korang, pada aku yang penting lima ni je. Tapi yang ni pun aku gagal sebab pagi nak periksa tu bari nak pergi beli, pas tu siap tersilap bawak beg pulak. nasib baik tersedar awal.
4) Pastikan semua peralatan yang dah disediakan tu diletakkan dalam beg bersama dengan surat panggilan mendu
duki perperiksaan dan juga ic korang sehari sebelum perperiksaan.
5) pastikan korang bangun awal supaya tak rushing dan dapat bersiap dengan tenang. kalau boleh bergerak awal ke tempat perperiksaan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti jem dan sebagainya. Juga untuk mengelakkan korang kalah tanpa bertanding.
6) Gunakan segala kreativiti korang untuk menjawab soalak terutama sekali soalan karangan, sebab soalan itu yang menunjukkan yang sebenarnya macam mana korang berfikir dan kebijaksanaan korang.
7) thats all






















Tempat aku exam PTD - Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Cheras.