Friday, November 29, 2013

Jenis-jenis perceraian

Sebelum seseorang itu memfailkan permohonan perceraian, dia perlu mengetahui terlebih dahulu apakah jenis perceraian yang perlu dipohon di Mahkamah bersesuaian dengan situasi yang dihadapinya.

Terdapat lima (5) jenis perceraian yang boleh di pohon berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-undang mengikut situasi-situasi berikut iaitu :-

 (i) Perceraian secara lafaz talaq melalui persetujuan bersama atau lebih dikenali sebagai perceraian di bawah Seksyen 47.
- Perceraian ini boleh dipohon hanya apabila kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik dimana suami akan melafazkan talaq satu (1) kepada isteri dengan kebenaran dan izin Mahkamah.

(ii) Perceraian secara taklik.
 - Perceraian ini berlaku apabila suami ada melafazkan lafaz taklik kepada isteri secara sah berdasarkan hukum syarak. Contohnya ialah lafaz taklik yang tertera di surat nikah.

(iii) Perceraian melalui khuluk (tebus talak)
-  Perceraian ini berlaku apabila suami bersetuju untuk menceraikan isteri dengan syarat isteri bersetuju menyerahkan sejumlah wang (contohnya RM10,000.00) sebagai tebus talak. Biasanya artis2 selalu cerai mcmni.


(iv) Perceraian secara fasakh iaitu pembubaran perkahwinan oleh Hakim berdasarkan alasan-alsan yang diiktiraf oleh Hukum Syarak.

(v) Pengesahan lafaz cerai.
- Permohonan pengesahan cerai berlaku apabila suami telah melafazkan cerai kepada isterinya di luar dan tanpa izin Mahkamah. Perceraian tersebut masih perlu disahkan oleh Mahkamah terlebih dahulu.


kdt :





Makan-makan di Man Burger Kukus Lava

Assalamualaikum.. Jom makan di Man Burger Kukus Lava. Ada bermacam2 menu yg patut di cuba dan harganya pun berpatutan..

 Possed with kembar

 Meatball... nyummy!!!

Diorg ni makan fries je.. yg lain2 emak bapak diaorg yg habiskan hahaha

Spongebob double special.. sedap.. rasa panggang...

 Asyikknye makan... gamba blur. Maklumla kamera murah..

Lepas makan, diaorg ni lari2 pusing restoran...

Thanks Wani n Man(tauke) kerana sudi melayan kami. Dpt banana split n oreo aiskrim free lg...

Tuesday, November 12, 2013