Thursday, February 23, 2012

Resepi Mee Sup Tulang power

Hah kali nie aku nak share resepi mee sup tulang yg menjadi kegemaran family aku.. (haish blog aku nie dah jadi blog share resepi plak..) Walaupun aku nie bukan penggemar mee sebenarnya, tapi bila dah pekena dgn sup tulang nie mmg matching lah.. Layannn abiss...

Anyway resepi nie mcm sup yg lain jugak, cuma lain sket..

Nak kata rumit tak rumit jugak..

Belum cuba belum tau.. Lagi2 makan time hari hujan, pasti berasap...



Bahan-bahannya ialah :

2 kilo tulang dan 1 kilo daging ( Lagi best kalau ambik bhg tulang rusuk)

2 biji bawang beasr, 10 biji bwg putih, 5 inci halia (sume bahan2 ni dikisar)

2 inci halia, 2 biji bwg putih, 8 biji bwg merah (sume bahan2 ni dimayang halus)

2 paket kecil rempah sup

2 paket sup bunjut tulang

4 inci lengkuas diketuk sekali

Mee kuning

air

minyak utk menumis

*Boleh tambah bunga kobis dan karet



Cara-caranya :

  1. Tumis bahan2 yg dimayang halus sehingga naik bau, kemudian masuk bahan kisar kacau rata hingga kekuningan
  2. Bancuh rempah sup dgn air dan tumis hingga keluar minyak
  3. Masukkan tulang dan daging hingga keluar airnya dan hilang warna darahnya..
  4. Keluarkan sup bunjut, buka ikatan sup bunjut dan blender bahan2 rempah, isi air penuh blender sehingga 3x.
  5. Masukkan lengkuas.
  6. Tambah air secukupnya,masak sehingga 2jam atau sehingga daging betul2 empuk.
  7. Setelah daging empuk, baru masukkan garam.
  8. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
Untuk Mee, masak air dalam periuk, bila air dah mendidih masukkan mee kuning, dalam satu minit angkat mee dan tos kan. Jgn rendam lama sgt, bila mee kembang dah tak best..

Kalau nak makan dgn sambal kicap pun boleh buat ikut resepi kat bawah ni.. mudah jer..

Blender 20biji cili padi dan 4 ulas bawang putih campurkan dgn kicap


Resepi kat atas ni kalau korang nak masak utk 2-3 orang makan je kurangkan lah sukatan bahannya yer.. Nak layan tulang nie kena ada ramai-ramai orang, baru syiokkk...





Sunday, February 19, 2012

Mari buat Garlic Bread

Biasanya korang selalu makan garlic bread kat Pizza Hut, ataupun beli kat Bakkery..
Di sini aku nak share resepi ni yg amat mudah lagi sedap..
Bahan2 yg diperlukan..
  1. Butter ( butter cup pun bole)
  2. Bawang Putih ( beli yg sedia ada dlm botol)
  3. Parsley ( Dlm botol jugak)
  4. Roti Francis ( kat Tesco rm1.30 jer sebatang)

Ini dia Parsley n Garlic.. ada byk brand lain lagi..


Cara-caranya ialah:

Campurkan Butter, garlic n parsley.. agak2 la kuantiti dia,,


Kemudian potong roti ( alamak kantoi atas surat kabar jer)


Kemudian sapu atas roti

Bakar sampai butter cair. Disebabkab rumah aku takder oven, so aku guna frying pan

Dan makan.. (enak dimakan bersama mushroom soup)
Hubby and Hakimi favourite




Friday, February 17, 2012

Aktiviti Musim Panas



Cuaca sekarang mmg panas...
penyakit bole mcm2 datang..
Disebabkan rumah aku takde pool, so inilah cara lain utk menyejukkan badan..
tapi jgn sesekali hilangkan pandangan mata kita pada anak yg tgh mandi mcm nie. Wlpn nak pinjam gandum kat rumah sebelah ok?.. haha..


Oh Anak ku...




Hakimi dgn makeovernyer menggunakan celak emaknya...

Hmm.. Kids nowadays..
Budak2 skarang nie mmg dah terlebih explore..
semua benda nak 'dikojekan'...
Abis celak emak satu botol..
nampaknya lepas nie kene simpan baik2 lah all my grooming..