Tuesday, April 22, 2014

Happy Birthday Kimi!!!

Bulan Mei akan tiba tak lama lagi. Bulan Mei adalah bulan kelahiran Kimi. Mengimbau kembali kelahiran Kimi atau nama sebenarnya Mohammad Hakimi bin Mohammad Razman lahir pada 23 Mei 2009. Kelahirannya sentiasa dinantikan oleh saya suami isteri pada masa itu. Pada perancangannya Kimi nak dilahirkan di Hospital Slim River, tempat kami membesar. Tapi disebabkan dia susah nak keluar dan ketiadaan pakar di hospital tersebut, emaknya terpaksa dihantar ke Hospital Teluk Intan menaiki ambulance dan selepas Maghrib Kimi selamat dilahirkan secara normal. Berat Kimi masa lahir 4.01kg, boleh dikatakan luar biasa besar. Jadi, dia dimasukkan ke wad bayi. Di situlah Kimi diazankan, bermulalah kehidupan sebagai seorang ayah. Dalam hati ini saya berjanji untuk memberikan kebahagiaan untuk Kimi selagi hayat ini masih ada.

Sewaktu Kimi dilahirkan saya masih lagi belajar di UTM, isteri saya pada masa itu kerja shift siang dan malam. Hidup susah pada masa tu hanya menyewa di rumah kecil dan saya berulang KL-JB hampir setiap minggu. Kimi dihantar ke taska 24 jam semasa emaknya bekerja. Orang yang paling susah, emaknya bila kerja malam, siang terpaksa menjaga Kimi sebelum pergi kerja lagi malamnya. Tetapi Allah maha adil, anak yang dikurniakannya tak banyak ragam dan mudah dijaga. Masih ingat lagi bila kali pertama tengok Kimi ketawa bila diacah, terasa proses memberi kebahagiaan tu sudah bermula dan tawa Kimi yang pertama tu adalah kebahagiaan pertama yang saya berikan.

Kimi membesar dengan cepat, dia cerdik dan cepat belajar. Pernah jugak dia meragam sampai saya hilang sabar, tapi bila terkenang janji saya padanya saya rasa menyesal yang amat sangat. Kimi banyak mengajar saya erti kesabaran, dan saya bersabar dengan kerenahnya pada masa yang sama saya perlu tegas dan tak terlalu manjakannya.

Pada usia 3 tahun Kimi diuji dengan berat sekali bila family kami bergolak. Hancur hati melihat anak sekecil dan sebaik ini menerima ujian seberat ini. Saya cuba sedaya upaya menyelamatkan keadaan tapi terpaksa akur pada Qada’ dan Qadar. Kesian Kimi… terlalu muda untuk hadapi semua ni. tapi abah tetap dengan janji abah dan Kimi tetap anak abah sampai bila-bila walau apa yang berlaku. Selamat Hari Jadi Sayang…


Visit to my personal blog www.cialah.blogspot.com