Monday, August 1, 2011

Pengalaman melahirkan anak kembar


Assalamualaikum....
dah lama tak post dlm blog nih.. tetiba rasa nak tulis sesuatu pulak..

KEMBAR.. Dulu tak pernah terlintas pun akan ada anak kembar..
Alhamdulillah skarang nie aku dah ada 3 org anak lelaki. yg sulung berumur 2thn dan kembar lelaki 8 bulan...

mengikut fakta, sekiranya ada keturunan kita yg memiliki gen kembar nie kebarangkalian kita juga turut mendapat zuriat kembar jugak.. tapi 10% jer kalau nak dapat pun... kiranya, aku dapat la yg 10% tue.. hehehe

Gen kembar nie di miliki oleh laki aku, iaitu makciknyer adalah kembar dan jugak sepupunyer ada gak yg kembar.. belah family aku takder pun gen kembar nih.. mengikut fakta jugak, gen kembar yg di warisi sebelah lelaki lebih kuat kebarangkalian nyer drpd perempuan.. kiranya, kalau org pompuan tu kembar sekali pun, belum tentu dia bakal dpt anak kembar jugak nnt..


First Time dpt tau aku pregnant kembar.

Mmg aku tak sangka langsung dpt baby kembar nih.. teringat lagi masa tue, period tak dtg 2 bulan, aku check guna pregnancy test dan i'm pregnant.. there are no more surprised, memandangkan aku dah ada anak sorang masa tue..
so, aku pegi utk 1st check up. Aku check up di sebuah klinik swasta.. Dalam 10pg aku pegi sorang jer klinik dan masa tu passion bole tahan ramai jugak la.. aku rileks jer, tunggu turn sambil main game doom rpg kat henset.



Ini dia game Doom Rpg yg main kat henset, best tau ( saje jer letak gambo nie, nak memenuhkan blog aku.. hehe)

S0, tunggu punya tunggu, sampai la giliran aku utk berjumpa dgn Doktor.. Aku rilek jer.. dan doktor pun memulakan scan.. dan dia pun bercakap " Owh tahniah yer, awak bakal dpt anak kembar"Hah What the...? betul ker doktor? sambil tersenyum, doktor menunjukkan bukti di papan skrin.. aku terkedu, perasaan bercampur baur, gembira tu mmg lah gembira, tapi masa tu aku belum bersedia lagi.. memandang kan aku seorang jer bekerja, masa tu laki aku belum abis belajar lagi.. Aii anak nak masuk 3 org nih..adoi..


gamba scan baby kembar aku semasa berumur 2 bulan



Anak itu Rezeki...

Ye betul.. kita kene terima dgn hati yg terbuka.. saat mengandungkan baby kembar nie, alhamdulillah takder masalah.. cuma bila dah 8 ke 9 bulan tue aku dah tak berapa nak larat keje lagi.. maklumlah pregnant kembar nie mmg lain lah.. perut aku mmg bapak besa giler.. kalau anda semua nak tahu baby kembar saya nie kira besar jugak.. 3.05kg & 2.98kg masa lahir...




Saat Aku melahirkan Kembar..

sepatutnyer 21/11/2010 aku punya due, tapi 6hb aku dah kene tahan.Aku di suspect mengidap kencing manis.. dan di arahkan doktor utk masuk wad lebih awal dan akan di induce.. iaitu di paksa besalin awal sbb baby aku nie besar.. akibat kencing manis tadi..

Pada pukul 4am sblm besalin tu seperti biasa aku di check oleh doktor. nak tengok 'dah ada jalan ke blum'.. alangkah terkejutnyer, doktor cakap dah bukak 4 cm.. tp yg peliknyer aku tak rasa sakit pun.. So, tak jadi la nak induce. Kira besalin mcm biasa lah. dan aku pun di masukkan ke labour room pada pukul 10pg..

Maka tiba lah saat yg dinanti-nantikan.. air ketuban di pecahkan.. Masa tu sakit giler contacts dier.. sebab aku pregnant twin, doktor pakar akan sambut anak aku nnt. Aku berpotensi utk bersalin normal sebab kedudukan dua2 kepala baby nie kat bawah.. mcm gambar nih..

Aku di kira bernasib baik sebab baby aku nie di kira kembar yg selamat.. sebab kembar nie berlainan bilik tapi masih share satu uri.. Apapun doktor dah standby alat2 scan dan bila2 masa aku akan di ceaser kalau berlaku apa2 in case.. Sehingga lah dlm pukul 2pm dah bukak 10cm.. bila dah rasa contrsction tuh, aku di suruh teran.. dan Alhamdulillah bayi yg pertama sihat dan selamat.. dan lepas tu datang pulak sakit lagi skali, dan aku meneran utk kali kedua, Alhamdulillah bayi yg ke-2 sihat dan selamat.. huhhh masa tu lega giler... uri pun di keluarkan, dan esoknyer aku dah boleh balik.. yahoo...

Alhamdulillah...pada 7/11/2010 aku telah selamat melahirkan bayi kembar lelaki secara normal pada pukul 2.40pm di Hospital Serdang.. Ibu dan bayi dua2 sihat..

Alhamdulillah skarang anak kembar aku pun dah 8 bulan, tgh lasak skarang nih.. hehe..















Friday, July 22, 2011

Perperiksaan PTD

Aku bukannye expert sangat dengan pepriksaan PTD ni, cuma nak cerita sikit tentang pengalaman aku menjalani perperiksaan PTN dan pendapat aku yang mungkin boleh membantu sesiapa yang bakal menjalanni perperiksaan PTD.

First of all, biar aku cerita apa yang dilakukan semasa perperiksaan PTD peringkat pertama. Terdapat lima perperiksaan yang akan dijalankan iaitu tiga peperiksaan objektif dan dua lagi karangan. Perperiksaan pertama tentang pengetahuan am yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial, infranstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah, tanah, daerah, tempatan dan macam macam lagilah. Pada aku perperiksaan ini sesuai untuk mereka yang peka dengan perkembangan negara contohnya Rancangan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru, Satu Malaysia dan sebagainya. Aku memang amb
il tahu ala kadar je tentang benda benda ni, baca paper pun jarang. Lepas tu pulak 5 jam sebelum perperiksaan (pukul 4 pagi) aku baru terkial-kial nak bukak internet baca apa dah jadi kat negara aku ha ha. Memang untuk perperiksaan ni kebanyakannya aku hentam je. Ada juga soalan berkaitan komputer seperti open office, LAN, WAN dan sebagainya. ada 60 soalan masa diberikan 45 minit.

Perperiksaan kedua pulak soalan matematik dan IQ. yang ni memang kena laju mengira sebab soalan yang diberikan kebanyakannye memerlukan pengiraan. ada 40 soalan masa diberikan 45 minit jugak. banyak juga soalan kebarangkalian, tapi sejak aku matrik sampai ke universiti subject kebaragkalian la yang aku paling cemerlang sekali. So, memang tak ada masalah untuk aku walaupun dah lama aku tinggalkan tapi skill masih ada lagi heh heh. cuma 4 soalan terakhir aku hentam sebab soalan panjang sangat pastu berkait antara satu sama lain. Lupa nak bagitau kalkulator tidak dibenarkan, jadi tak perlulah korang bawak kalkulator.

Antara lima perperiksaan, yang ke-3 paling senang sekali aku rasa. ada 20 soalan je masa diberikan 35 minit. Diberi 4 karangan dan setiap karangan ada 5 soalan. dua karangan bahasa melayu dua lagi bahasa inggeris. Senang tapi kena jawab base on petikan yang diberikan bukan daripada pendapat peribadi o.k. Kalo dia kata merokok tu bagus dalam petikan tu kena jawab merokok tu bagus la walaupun sebenarnya tak bagus.

perperiksaan ke-4 ni agak leceh sebab kena tulis karangan. diberi 4 tajuk tapi kena pilih satu je. untuk yang ni rasanya kena banyak membaca dan meneliti artikel berkenaan alam sekitar, sosial, penswastaan,
ekonomi, innovasi dan sebagainya. carilah kat internet bagaimana nak memelihara sungai, menggalakkan kitar semula, alam sekitar dan sebagainya.

perperiksaan ke-5 yang paling leceh sekali, karangan bahasa inggeris. sama macam yang ke-4 tapi dalam bahasa inggeris. tapi rasanya isu yang diberikan lebih senang, advantage pada mereka yang bercakap bahasa inggeris hari hari. Yang tak bestnye time periksa tu lah tetiba vocaulary aku menjadi lemah giler. nervous kot. bila dah balik semua perkataan bahasa inggeris yang aku lupa masa periksa tadi aku ingat balik adoi. mungkin jugak aku tak cukup tido sebab malam tu aku tak tido langsung.

tips aku untuk meraka yang nak ambil perperiksaan PTD:

1) Study sejak terima surat panggilan. rajin rajin lah baca buku, surat khabar, internet dan tengok berita. mengira dan mengarang. Jangan buat macam aku 5 jam sebelum periksa baru nak study.
2) Pastikan tidur secukupnya sebelum mengambil perperiksaan. Jangan jadi macam aku yang tak tido lansung.
3) Sediakan peralatan secukupnya sehari sebelum perperiksaan seperti pensil 2B. pemadam, pen, liquid paper dan pengasah pensil. Peralan lain terpulanglah kepada korang, pada aku yang penting lima ni je. Tapi yang ni pun aku gagal sebab pagi nak periksa tu bari nak pergi beli, pas tu siap tersilap bawak beg pulak. nasib baik tersedar awal.
4) Pastikan semua peralatan yang dah disediakan tu diletakkan dalam beg bersama dengan surat panggilan mendu
duki perperiksaan dan juga ic korang sehari sebelum perperiksaan.
5) pastikan korang bangun awal supaya tak rushing dan dapat bersiap dengan tenang. kalau boleh bergerak awal ke tempat perperiksaan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti jem dan sebagainya. Juga untuk mengelakkan korang kalah tanpa bertanding.
6) Gunakan segala kreativiti korang untuk menjawab soalak terutama sekali soalan karangan, sebab soalan itu yang menunjukkan yang sebenarnya macam mana korang berfikir dan kebijaksanaan korang.
7) thats all






















Tempat aku exam PTD - Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Cheras.