Thursday, October 4, 2012

Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W


Membaca kartun di atas menyedarkan saya realiti kehidupan masa kini. Kejadian seperti di atas banyak berlaku di sekitar kita, contoh paling mudah lihat saja program-program berunsur kanak-kanak di televisyen anak-anak perempuan sekecil enam tahun sudah diajar berpakaian seksi dan menari ala-ala disco. Penonton yang menonton pula memberikan tepukan yang gemuruh memberi gambaran kepada anak-anak lain yang menonton rancangan tersebut bahawa ia adalah satu budaya yang baik dan dikagumi dan akhirnya terikut-ikut dengan budaya tersebut jika tidak dibimbing dngan betul.

Timbul rasa kasihan apabila memikirkan bagaimana masa depan anak-anak ini. Memang betul masa depan seseorang adalah urusan Allah S.W.T dan tak semestinya kanak-kanak ini akan menjadi seorang yang tak berakhlak, tetapi bak kata pepatah, “Melentur buluh biar dari rebungnya” harus dipertimbangkan. Jika kanak kanak tidak dididik dengan betul sejak kecil, sukar untuk membentuknya pada masa hadapan.

Setiap insan yang lahir ke dunia adalah bebas dari sebarang kecenderungan diibaratkan sehelai kain putih. Tiada istilah semulajadi suka menyanyi, pandai menari, gemar bersosial dan sebagainya. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Ini menjadikan saya tertanya-tanya bagaimanakah cara yang betul untuk mendidik anak-anak dalam Islam? Cara yang terbaik adalah dengan mengikut contoh ikutan kita iaitu Rasulullah S.A.W. Panduannya telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W, dan ianya dibahagi kepada empat peringkat seperti berikut:

Peringkat Pertama (0-6 Tahun): Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
Peringkat Kedua (7-14 Tahun): Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Peringkat Ketiga (15-21 Tahun): Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
Peringkat Keempat (21 Tahun ke atas): Hendaklah kita member mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa bertindak sebagai penasihat agar tindakan mereka terkawal.

       Namun pada masa kini, ramai anak-anak yang tinggal di asrama seawal umur 13 tahun menyukarkan ibu bapa memantau perkembangan mereka dan terpaksa meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk menjaga diri sendiri ketika di asrama. Oleh itu pendedahan awal terhadap agama, takutkan Allah S.W.T dan siksaannya, cintakan Allah S.W.T dan syurganya boleh membantu mereka untuk menjauhi perkara yang tidak elok. Perasaan Takwa dan Cintakan Allah S.W.T ini perlu ditanam sedalam dalamnya dalam diri mereka kerana kegiatan yang tidak sihat ini memang seronok dilakukan, menarik dan sukar untuk ditolak.

        Satu pekara lagi yang penting ialah doa ibu bapa terhadap anaknya. Kerana sebagus manapun ibu bapa menjaga anaknya, tanpa keizinan dari Allah S.W.T tetap tidak akan berjaya. Anak itu sendiri juga patut sentiasa ingat dan takut pada Allah S.W.T dan juga pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka supaya mereka sentiasa menjauhi perkara perkara yang tidak elok.

       Akhir sekali, jika segala yang elok telah dilakukan tetapi anak-anak masih terjebak dengan perkara yang tidak sihat, itu adalah ujian daripadaNya kepada kita sebagai ibu bapa. Berikhtiar, berdoa dan bertawakkallah semoga kita dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah.

Post ini adalah hasil dari pembacaan dan pendapat saya sendiri. Harap maaf jika ada kesilapan. Semoga bermanfaat kepada pembaca dan diri saya sendiri. Wallahu a’lam…

6 comments:

syiela said...

thanks atas info.. agak susah nak membesarkan anak2 zaman sekarang

*** sama la kita.. saya pun lelaki semua

mselim3 said...

cabaran membesarkan anak2 masa dulu tidak sama dengan anak2 masakini yg lebih terdedah kepada dunia tanpa sempadan..so pandai2 lah kita mendidik anak2 agar tidak terkeluar daripada landasan syiar islam.

Insaallah saya bercakap nie bagi diri saya sendiri jugak...hehe..dugaan2...

daripada mselim3

SheeMA sshi said...

good article..nak share picture tu..

Unknown said...

Nk share kartun tu ye..sgt bagus sbg renungan dan peringatan... Tk

Unknown said...

tq...info yg berguna...memang risau kalu fikirkan masa dpan anak-anak...

Unknown said...

Thanks nice entry :)

Download film box office