Menangis sering dikaitkan dengan perempuan
sebab perempuan je yang selalu menangis. Lelaki takkan menangis walau macam
mana pun sebab lelaki menangis selalunya dianggap lemah, tak macho, lembik dan
sebagainya. Betul ke begitu? Sedangkan lelaki juga adalah adalah manusia biasa
yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan perasaan dan emosi. Dan Allah S.W.T
tidak akan menjadikan air mata untuk lelaki kalau ianya sia-sia. Sebagai seorang
lelaki, pada pendapat saya lelaki menangis mesti ada sebab yang sangat kukuh,
seperti:
- Kematian – Terutama sekali kematian orang yang paling disayangi seperti ibu bapa, adik beradik, isteri atau anak.
- Kegagalan – Biasanya kegagalan mempertahankan rumahtangga yang bersusah payah dibina tetapi akhirnya hancur begitu sahaja.
- Kasihan – Tak sanggup melihat orang yang tersayang tersiksa kesakitan, sedangkan tak ada apa yang mampu dilakukan selain dari berdoa dan tawakkal.
- Kejayaan – Tangisan gembira seperti menimang cahaya mata yang pertama, ataupun pertama kali melihat anak yang dibesarkan ketawa yang melambangkan kejayaannya membesarkan anak dalam keadaan yang sempurna.
Dari sudut sains pula, apa yang berlaku
apabila kita menitiskan air mata?
- Air mata sangat berguna kepada deria penglihatan kita kerana ia membasahkan bebola mata dan melancarkan aktiviti buka dan tutup kelopak mata. Ia juga membersihkan bebola mata.
- Kerap menangis boleh mengurangkan risiko penyakit darah tinggi, menurunkan suhu badan dan meredakan nadi yang berdenyut terlalu laju.
- Dalam air mata terdapat sejenis hormon iaitu ACTH (Adrenocortocotropic Hormone) yang memangkinkan tekanan perasaan. Apabila hormon ini dikeluarkan dari badan, kita akan merasa lega, puas dan lebih tenang.
- Menangis menyebabkan toksin dalam badan dikeluarkan melalui air mata, seperti musin, lipid, laktoferin, lipokalin, lakritin, imunoglobin, glukos, urea, garam dan kalium.
- Perbuatan memendamkan perasaan dan menahan diri dari menangis boleh mendatangkan kesan negative kepada diri sendiri.
Dari sudut agama pula, manusia tidak kira
lelaki atau perempuan memang dituntut untuk menangis dan menitiskan air mata kerana
perasaan takut kepada Allah S.W.T sepertimana sabda Rasullullah S.A.W:
“Bahawa tidak akan masuk neraka orang
menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu yang mengalir ke
tempat asalnya”.
3 comments:
susah nak nampak air mata mereka kecuali terjadi sesuatu yg amat menyentuh jiwa mereka
Rasulullah pun pernah menangis kerana kematian sahabatnya - "Ketika Rasulullah melihat anak Zaid menghampirinya, beliau memegang kedua bahunya kemudian menagis. Sebagian sahabat merasa heran karena beliau menangisi orang yang mati syahid di peperangan Mut’ah. Lalu Nabi Muhammad SAW. pun menjelaskan kepada mereka bahwa sesungguhnya ini adalah air mata seorang kawan yang kehilangan kawannya".
Masha allah terharu.
Download film free
Post a Comment