Friday, July 22, 2011

Perperiksaan PTD

Aku bukannye expert sangat dengan pepriksaan PTD ni, cuma nak cerita sikit tentang pengalaman aku menjalani perperiksaan PTN dan pendapat aku yang mungkin boleh membantu sesiapa yang bakal menjalanni perperiksaan PTD.

First of all, biar aku cerita apa yang dilakukan semasa perperiksaan PTD peringkat pertama. Terdapat lima perperiksaan yang akan dijalankan iaitu tiga peperiksaan objektif dan dua lagi karangan. Perperiksaan pertama tentang pengetahuan am yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial, infranstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah, tanah, daerah, tempatan dan macam macam lagilah. Pada aku perperiksaan ini sesuai untuk mereka yang peka dengan perkembangan negara contohnya Rancangan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru, Satu Malaysia dan sebagainya. Aku memang amb
il tahu ala kadar je tentang benda benda ni, baca paper pun jarang. Lepas tu pulak 5 jam sebelum perperiksaan (pukul 4 pagi) aku baru terkial-kial nak bukak internet baca apa dah jadi kat negara aku ha ha. Memang untuk perperiksaan ni kebanyakannya aku hentam je. Ada juga soalan berkaitan komputer seperti open office, LAN, WAN dan sebagainya. ada 60 soalan masa diberikan 45 minit.

Perperiksaan kedua pulak soalan matematik dan IQ. yang ni memang kena laju mengira sebab soalan yang diberikan kebanyakannye memerlukan pengiraan. ada 40 soalan masa diberikan 45 minit jugak. banyak juga soalan kebarangkalian, tapi sejak aku matrik sampai ke universiti subject kebaragkalian la yang aku paling cemerlang sekali. So, memang tak ada masalah untuk aku walaupun dah lama aku tinggalkan tapi skill masih ada lagi heh heh. cuma 4 soalan terakhir aku hentam sebab soalan panjang sangat pastu berkait antara satu sama lain. Lupa nak bagitau kalkulator tidak dibenarkan, jadi tak perlulah korang bawak kalkulator.

Antara lima perperiksaan, yang ke-3 paling senang sekali aku rasa. ada 20 soalan je masa diberikan 35 minit. Diberi 4 karangan dan setiap karangan ada 5 soalan. dua karangan bahasa melayu dua lagi bahasa inggeris. Senang tapi kena jawab base on petikan yang diberikan bukan daripada pendapat peribadi o.k. Kalo dia kata merokok tu bagus dalam petikan tu kena jawab merokok tu bagus la walaupun sebenarnya tak bagus.

perperiksaan ke-4 ni agak leceh sebab kena tulis karangan. diberi 4 tajuk tapi kena pilih satu je. untuk yang ni rasanya kena banyak membaca dan meneliti artikel berkenaan alam sekitar, sosial, penswastaan,
ekonomi, innovasi dan sebagainya. carilah kat internet bagaimana nak memelihara sungai, menggalakkan kitar semula, alam sekitar dan sebagainya.

perperiksaan ke-5 yang paling leceh sekali, karangan bahasa inggeris. sama macam yang ke-4 tapi dalam bahasa inggeris. tapi rasanya isu yang diberikan lebih senang, advantage pada mereka yang bercakap bahasa inggeris hari hari. Yang tak bestnye time periksa tu lah tetiba vocaulary aku menjadi lemah giler. nervous kot. bila dah balik semua perkataan bahasa inggeris yang aku lupa masa periksa tadi aku ingat balik adoi. mungkin jugak aku tak cukup tido sebab malam tu aku tak tido langsung.

tips aku untuk meraka yang nak ambil perperiksaan PTD:

1) Study sejak terima surat panggilan. rajin rajin lah baca buku, surat khabar, internet dan tengok berita. mengira dan mengarang. Jangan buat macam aku 5 jam sebelum periksa baru nak study.
2) Pastikan tidur secukupnya sebelum mengambil perperiksaan. Jangan jadi macam aku yang tak tido lansung.
3) Sediakan peralatan secukupnya sehari sebelum perperiksaan seperti pensil 2B. pemadam, pen, liquid paper dan pengasah pensil. Peralan lain terpulanglah kepada korang, pada aku yang penting lima ni je. Tapi yang ni pun aku gagal sebab pagi nak periksa tu bari nak pergi beli, pas tu siap tersilap bawak beg pulak. nasib baik tersedar awal.
4) Pastikan semua peralatan yang dah disediakan tu diletakkan dalam beg bersama dengan surat panggilan mendu
duki perperiksaan dan juga ic korang sehari sebelum perperiksaan.
5) pastikan korang bangun awal supaya tak rushing dan dapat bersiap dengan tenang. kalau boleh bergerak awal ke tempat perperiksaan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti jem dan sebagainya. Juga untuk mengelakkan korang kalah tanpa bertanding.
6) Gunakan segala kreativiti korang untuk menjawab soalak terutama sekali soalan karangan, sebab soalan itu yang menunjukkan yang sebenarnya macam mana korang berfikir dan kebijaksanaan korang.
7) thats all






















Tempat aku exam PTD - Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Cheras.




Sunday, January 17, 2010

Sama tapi tak serupa

Bila belek gamba-gamba lama, aku tengok ada persamaan dulu dengan sekarang..






























Sama tak? hehehe...


Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari Separa

















Hari ni 15 Januari 2010 first time aku tengok gerhana matahari secara live. Sebelum ni bukan tanak tangok tapi perkakas nak tengok tu tak ada.

gerhana ni start pukul 3.30 petang, abis pukul 5 ptg. aku tengok 2 kali pukul 3.30 masa tu baru sket. yang dalam gambar ni pukul 4.30 ptg.

Gerhana Matahari Separa
15 Januari 2010
pukul 14.30pm
UTM skudai, JB.
*gambar kredit to PM Munim

Wednesday, January 6, 2010

Download Mp3 dekat Multiply

Suatu masa dulu mp3 boleh sedut senang2 je kat Multiply. Dulu kita boleh sedut berpuluh puluh album dalam sehari kat multiply. just klik je kat button download. Selain tu nak cari lagu pun senang sebab ada function search music yang membolehkan user mencari lagu kat multiply user lain. tak lama pas tu function search untuk music dibuang. Tinggal search untuk multiply, blog, photo, video dll sahaja.

Tak lama lepas tu user dah takleh donload kat multiply langsung sebab button download dah takde. Hanya playlist lagu je diberikan untuk user stream lagu lagu dalam playlist tersebut. Tapi actually dalam playlist tu ada link lagu lagu tersebut so user boleh download dengan copy paste link lagu tersebut kat idm ataupun flashget. Still boleh download cuma caranya susah sikit dari sebelum ni.

Lebih nakal lagi sekarang Multiply dah tak kasi playlist, user kena dengar lagu melalui embedded flash player yang disediakan.





Actually masih ada lobang lobang yang untuk mendownload mp3 dekat multiply tapi caranya susah sikit sebab hanya boleh guna browser opera sahaja. Walaupun ramai yang tak berapa suka dengan opera tapi inilah sahaja cara yang ada.

Caranya, download Opera browser dan install. Bukak multiply guna opera, bila jumpa lagu yang nak didownload, contohnya http://sembrol.multiply.com/music/item/138/HIM_-_Dark_Light. Just play lagu tersebut melalui embedded flash player yang ada. tak perlu play sampai habis, satu saat pun dah cukup. pas tu kat browser opera tu pegi kat tools/advace/cache. dekat tab cache tu tekan keyboard ctrl+f untuk function find. cuba cari perkataan 'song', ataupun 'full' korang akan jumpa link lagu yang korang play tadi contohnya,

http://images.sembrol.multiply.com/song/1/133/full/U2FsdGVkX182D0cfSJo2aER4fmRcFz.HjO0g2G01Daowbr4jkmrdCg==/HIM%20-%20Behind%20The%20Crimson%20Door

setiap mp3 mesti ada perkataan 'song' dan 'full', kalau file image biasanya dekat perkataan song tu dia tulis image. Just klik button tersebut, atau copy paste kat idm atau flashget korang dah boleh download lagu tersebut. kalau korang find tajuk lagu tersebut pun boleh jugak sebenarnye, tapi gantikan space dengan %20. Aku pernah cuba cara ni kat website lain yang guna embedded flash player pun jalan jugak. So, selamat mencuba.

Monday, December 14, 2009

FRIENDS oh FRIENDS..


Kepada sesiapa yg belum mengenali Friends,
Friends adalah sebuah sitcom komedi dari Amerika Syarikat tentang kehidupan enam orang sahabat yang tinggal di Manhattan, New York. Program tv ini disiarkan dari tahun 1994 hingga 2004 di Amerika Syarikat dan kemudian diikuti oleh berbagai-bagai stesen tv di negara-negara lain. Program ini diciptakan oleh David Crane dan Marta Kauffman serta diproduksi oleh Bright/Kauffman/Crane Productions bekerja sama dengan Warner Bros. untuk NBC.

Friends merupakan salah satu sitcom komedi Amerika terbaik di akhir 1990-an. Selama 10 tahun penayangannya (di Amerika), Friends mendapatkan 6 buah Emmy, termasuk 1 untuk sitcom komedi terbaik pada 2002.

Antara babak menarik



Aku tak tahan gelak tengok Phoebe datang,
pastuh ambik periuk dan berkata. "who's painting us?"
hahaaha Phoebe is classic.



Berikut adalah senarai pelakon Friends..:



sekarang : 40 tahun

Pernah berkahwin dengan Aktor Brad Pitt pada tahun 2000
dan bercerai pada tahun 2005


Jennifer dan Brad Pitt disaat bahagia






sekarang: 46 tahun

Berkahwin pada tahun 1995 dengan pasangannya Michel Stern

Lisa Kudrow n husband Michel Stern

anak dia Julian 11 tahun





Sekarang 43 tahun

Dia masih bujang dan dah ada girlfrend (Zoe). wartawan sibuk tanya pasal personal life dia.. ini jawapan dia
He says, "My mother asks me every other week, 'Have you found a nice girlfriend?' Now I have started to ask myself the same question. "I could have a wife and family by now. I haven't even come close to engagement. I am struggling to make a commitment."

David dan Zoe


Matt LeBlanc sebagai Joey Tribbiani


sekarang : 42 tahun

Berkahwin dengan Melissa Mcknight pada tahun 2003
dan dikurniakan seorang anak Marina LeBlance

dan mereka bercerai pada tahun 2006


Courteney Cox Arquette sebagai Monica Geller

sekarang : 45 tahun


Berkahwin dengan David Arquette pada tahun 1999 hingga sekarang dan dikurniakan seorang anak perempuan Coco David



Matthew Perry sebagai Chandler Bing


Sekarang : 40 tahun



Masih bujang dan menjalinkan hubungan dengan Lauren Graham
(pelakon Gilmore Girls, yg emak dia tu)

kredit : Wikipedia






Aku memang minat giler kat sitcom Friends nie.. Diaorg sumer nie mmg klaka giler...sejak sekolah rendah dulu aku dah minat..pernah ditayangkan kat tv dulu, tapi waktu siaran dia agak lewat malam dalam kul 11.30 mlm.Tapi bapak aku bising tak kasi aku tengok citer mcm nie dulu-dulu, sbb ada kissing-kissing kan.. Dia ingat aku nie nak layan blue agaknyer. so tak dapat la nak follow by episode..

But now aku tak payah nak cari-cari lagi.. sebab aku dah ada hampir full seasons Friends..Bole tengok bila-bila masa..tak jemu-jemu.. bole tengok sambil makan, sambil dodoikan anak, sambil lipat kain, sambil garu kaki.. dan sebagainyer.. hehehehe..











Tuesday, December 8, 2009

Pukong - The Video

Atas permintaan ramai, aku upload video pukong nih. ramai orang tak percaya.. ngeri la, apa la.. Well believe it baby.. cuba tengok anak aku tu ada nampak muka kesakitan ker? kan dia layan jer tu.. hehehe

...click here... nak tau lebih lanjut tentang pukong..

Hakimi di pukong pada usia 30 hari..




Monday, November 30, 2009

Rumah Abah dah siap yey..


Akhirnya, setelah dua bulan berlalu, rumah abah siap jugak.. sempat la beraya kat rumah baru raya haji nie..

Gambar nie di ambil pada 5 oktober..banyak lagi blum siap masa nih..


Kontraktor yg buat rumah nie nama dia Din Taparokoi.. Seorang kontraktor melayu yg berjaya..

Pak Din berkata sesuatu kat Abah..

Rumah nie siap sepenuhnya pada 25 November iaitu lagi 2 hari nak raya haji. Sian emak n bapak aku penat mengangkut barang. Nasib baik dari estet nak ke rumah baru cuma 1km jer.. Bapak aku menggunakan khidmat traktor estet utk mengangkut barang.


Inilah hasilnya..panjang rumah 70kaki..



Ruang tamu, serta perabot baru..


Ruang lepak-lepak



Dapur yg luas...


Tempat parking kete berbumbung.. ehh sape budak kecik tuh?




Berbeza betul rumah dulu n sekarang..Teringat dulu2 sebelum pindah..

Bergambar di depan rumah lama..Arwah nenek dalam kenangan.. Masa nie kami 3 beradik belum kahwin lagi..



Adik2 aku, Yunus n Apis masa diaorg kecik.. takder keje mengasah parang..


Adik beradik di malam hari..Gambar tahun lepas nie.. kat umah lama



Dah tiga org anak abah kawin kat estet..

First skali kakak aku yg no dua pada tahun 2003, gamba ni diambil masa raya dulu..gamba kawin dia blum scan..


Pastuh kak long aku pada tahun 2005



Last skali aku kawin pada tahun 2008..
tak sempat nak kawen kat rumah baru..



Selamat tinggal rumah lama...huhu


Seronok betul rumah abah dah siap nie.. besar dan selesa.. Tapi mcmane pun aku takkan lupa segala kenangan selama aku berada di estet.. 27 tahun aku dan family hidup dgn penuh pahit manis,....