Sunday, November 8, 2009

Pukong

Pukong yg berasal dari keturunan banjar ini, adalah satu cara untuk bagi anak tido lena.. Memang nampak mcm ngeri sket, tapi hakikatnya baby tu akan rasa best teramat sgt.. Biasanya pukong di buat pada baby yg berusia 2-5 bulan. Dan dibuat pada waktu siang sahaja.

Tujuan pukong nie supaya baby akan rasa sedap tido dan tak mudah terkejut. Yelah dah kene ikat kan.. Ia juga sesuai utk baby yg menghidap selsema.. Juga sesuai untuk baby yg susah sangat nak tido. Baby yang dipukong akan tido lena iaitu kira-kira 4 jam lamanya.Hmm kalo mcm nie bole la pukong anak kat umah, pastuh keluar tengok wayang jap..ekekkeke


Emak aku cakap org dulu2 siap pukong anak kat pokok mempelam tepi sawah, sementara diaorg tengah keje kat sawah tu. Nak cuba? caranya ialah:

  1. Barang yg diperlukan, buai satu set dan kain batik/kain pelekat yg sudah dilipat memanjang.
  2. Pertama skali kene baringkan baby dulu..( pastikan kain buai pada bahagian kaki berlebih, for safety)
  3. Kemudian angkat belakang baby dan buatkan baby tu dalam position duduk. (kira mcm duduk dalam buai lah)
  4. Pastuh ambik kain yg dah dilipat tadi dan ikat keliling baby dari paras siku ke leher.
  5. Pastikan ikat dengan kemas supaya kepala baby tegap.

ANDA BERANI?

Kalau tak berani jangan buat pada anak anda.
Buat la kat teddy bear ker, kucing ker ekekeke








3 comments:

Pakcik Mamau said...

uiii..pertama kali pakcik tgk PUKONG..hehehe..bleh ke?

Crankmiglia (Redacted) said...

kak..betul ke leh tdo lena?
aq nak try wat kt diri aq sendri ea..maner tau leh tdo lena..hehe

Siti said...

confirm bole tido lena.. tapi kat baby jer.. tak tau la pulak kalo buat org besar.. ko try la crank. haha