Monday, December 14, 2009

FRIENDS oh FRIENDS..


Kepada sesiapa yg belum mengenali Friends,
Friends adalah sebuah sitcom komedi dari Amerika Syarikat tentang kehidupan enam orang sahabat yang tinggal di Manhattan, New York. Program tv ini disiarkan dari tahun 1994 hingga 2004 di Amerika Syarikat dan kemudian diikuti oleh berbagai-bagai stesen tv di negara-negara lain. Program ini diciptakan oleh David Crane dan Marta Kauffman serta diproduksi oleh Bright/Kauffman/Crane Productions bekerja sama dengan Warner Bros. untuk NBC.

Friends merupakan salah satu sitcom komedi Amerika terbaik di akhir 1990-an. Selama 10 tahun penayangannya (di Amerika), Friends mendapatkan 6 buah Emmy, termasuk 1 untuk sitcom komedi terbaik pada 2002.

Antara babak menarik



Aku tak tahan gelak tengok Phoebe datang,
pastuh ambik periuk dan berkata. "who's painting us?"
hahaaha Phoebe is classic.



Berikut adalah senarai pelakon Friends..:



sekarang : 40 tahun

Pernah berkahwin dengan Aktor Brad Pitt pada tahun 2000
dan bercerai pada tahun 2005


Jennifer dan Brad Pitt disaat bahagia






sekarang: 46 tahun

Berkahwin pada tahun 1995 dengan pasangannya Michel Stern

Lisa Kudrow n husband Michel Stern

anak dia Julian 11 tahun





Sekarang 43 tahun

Dia masih bujang dan dah ada girlfrend (Zoe). wartawan sibuk tanya pasal personal life dia.. ini jawapan dia
He says, "My mother asks me every other week, 'Have you found a nice girlfriend?' Now I have started to ask myself the same question. "I could have a wife and family by now. I haven't even come close to engagement. I am struggling to make a commitment."

David dan Zoe


Matt LeBlanc sebagai Joey Tribbiani


sekarang : 42 tahun

Berkahwin dengan Melissa Mcknight pada tahun 2003
dan dikurniakan seorang anak Marina LeBlance

dan mereka bercerai pada tahun 2006


Courteney Cox Arquette sebagai Monica Geller

sekarang : 45 tahun


Berkahwin dengan David Arquette pada tahun 1999 hingga sekarang dan dikurniakan seorang anak perempuan Coco David



Matthew Perry sebagai Chandler Bing


Sekarang : 40 tahun



Masih bujang dan menjalinkan hubungan dengan Lauren Graham
(pelakon Gilmore Girls, yg emak dia tu)

kredit : Wikipedia






Aku memang minat giler kat sitcom Friends nie.. Diaorg sumer nie mmg klaka giler...sejak sekolah rendah dulu aku dah minat..pernah ditayangkan kat tv dulu, tapi waktu siaran dia agak lewat malam dalam kul 11.30 mlm.Tapi bapak aku bising tak kasi aku tengok citer mcm nie dulu-dulu, sbb ada kissing-kissing kan.. Dia ingat aku nie nak layan blue agaknyer. so tak dapat la nak follow by episode..

But now aku tak payah nak cari-cari lagi.. sebab aku dah ada hampir full seasons Friends..Bole tengok bila-bila masa..tak jemu-jemu.. bole tengok sambil makan, sambil dodoikan anak, sambil lipat kain, sambil garu kaki.. dan sebagainyer.. hehehehe..











Tuesday, December 8, 2009

Pukong - The Video

Atas permintaan ramai, aku upload video pukong nih. ramai orang tak percaya.. ngeri la, apa la.. Well believe it baby.. cuba tengok anak aku tu ada nampak muka kesakitan ker? kan dia layan jer tu.. hehehe

...click here... nak tau lebih lanjut tentang pukong..

Hakimi di pukong pada usia 30 hari..




Monday, November 30, 2009

Rumah Abah dah siap yey..


Akhirnya, setelah dua bulan berlalu, rumah abah siap jugak.. sempat la beraya kat rumah baru raya haji nie..

Gambar nie di ambil pada 5 oktober..banyak lagi blum siap masa nih..


Kontraktor yg buat rumah nie nama dia Din Taparokoi.. Seorang kontraktor melayu yg berjaya..

Pak Din berkata sesuatu kat Abah..

Rumah nie siap sepenuhnya pada 25 November iaitu lagi 2 hari nak raya haji. Sian emak n bapak aku penat mengangkut barang. Nasib baik dari estet nak ke rumah baru cuma 1km jer.. Bapak aku menggunakan khidmat traktor estet utk mengangkut barang.


Inilah hasilnya..panjang rumah 70kaki..



Ruang tamu, serta perabot baru..


Ruang lepak-lepak



Dapur yg luas...


Tempat parking kete berbumbung.. ehh sape budak kecik tuh?




Berbeza betul rumah dulu n sekarang..Teringat dulu2 sebelum pindah..

Bergambar di depan rumah lama..Arwah nenek dalam kenangan.. Masa nie kami 3 beradik belum kahwin lagi..



Adik2 aku, Yunus n Apis masa diaorg kecik.. takder keje mengasah parang..


Adik beradik di malam hari..Gambar tahun lepas nie.. kat umah lama



Dah tiga org anak abah kawin kat estet..

First skali kakak aku yg no dua pada tahun 2003, gamba ni diambil masa raya dulu..gamba kawin dia blum scan..


Pastuh kak long aku pada tahun 2005



Last skali aku kawin pada tahun 2008..
tak sempat nak kawen kat rumah baru..



Selamat tinggal rumah lama...huhu


Seronok betul rumah abah dah siap nie.. besar dan selesa.. Tapi mcmane pun aku takkan lupa segala kenangan selama aku berada di estet.. 27 tahun aku dan family hidup dgn penuh pahit manis,....



Kenduri Kawin Shahrizal & Yusmawatie


Shahrizal adalah sepupu belah bapak aku.. Berlainan dengan kenduri yg aku pegi sebelum nie, Shahrizal merupakan seorang OKU. Dia mengalami cacat pendenganran dan bisu sejak lahir. Begitu juga dengan pasangannya..

Saat-saat di ijab kabul...



Bergambar keluarga sebelah lelaki..


Seronok tengok orang kawen nie.. tengah-tengah sibuk bersembang-sembang dgn sedara mara, aku pun tercari-cari mana laki aku nih..?

Oowhh tu dia.. amboi kuat btoi makan..



Aku ngan Kak Long aku pun apa lagi... serbuu..



Possing sebelum balik


Keesokan harinya pulak adalah hari persandingan.. so kami datang lagi ke rumah pengantin di Bandar Mahkota, Cheras..


Pengantin di arak.. bunga manggar indah berseri..


OOhh masuk paper siot.. for more information ....click here...



Di renjis-renjis di pilis....


Memang meriah kenduri nie.. dan makanan pun banyak, mewah dan sedap2..
Mana tak nya, rupanya bapak pengantin pompuan nie, tauke restoran la...

Perghh..kambing golek... yg memecah liur..



Shahrizal dan Yusmawati nampak secocok bangat...Tahniah dan selamat pengantin baru..Semoga mereka berdua hidup kekal bahagia hingga ke anak cucu..


Monday, November 23, 2009

Suria KLCC - The Mines - Jusco Equine



Haa.. berdasarkan tajuk di atas, ketiga-tiga shopping kompleks tu merupa port aku masa dulu, tak lama lepas tu, dan sekarang. Aku dah hampir 6 tahun menetap di seri kembangan dari bujang sampai lah dah berkahwin.. Life pun dah berubah, begitu juga dengan pegi ke shopping kompleks.. berubah mengikut keadaan dan tujuan.

Depan kolam (eee.. encem nyer dia...)


Bila difikirkan kembali, dulu dalam tahun 2003 aku ngan boypren aku(Razman,suami aku sekarang) wekend2 selalu pegi dating kat KLCC. Perjalanan nak ke KLCC tu pun agak leceh sket, tapi nak jupe buah hati punya pasal kan.. Dari rumah naik kapchai aku, pastuh parking moto, naik LRT then jupe Razman kat Pudu Raya, pastuh kitaorg naik tren Putra ke KLCC.. Time tu manusia punya la crowded sampai betolak2 dalam tren, yg terkepit kat pintu tren pun ada.


Front KLCC

Lepak di Taman KLCC


Biasanya kitaorg pegi KLCC untuk tengok wayang, melepak depan kolam air, tengok2 orang bla bla bla sampai le ke petang.. Yang tak best nyer ada banyak warga asing disana yang jakon2 dan riuh rendah jadiknyer..



Berbeza pulak lepas tu.. sekitar tahun 2006 kitaorg lebih selesa dating kat The Mines jer.. Dekat dan jimat. Tak perlu naik tren, takder crowded.. Entertaiment pun banyak.. Bowling, Karaoke, TGV, IT city, dan lain2...kenapa la tak terfikir sebelum tu.. The Mines nie cantik dan ada tasik dalam dia.. huhu

inside The Mines - shopping fair


Us, dating at Mcd The Mines while waiting for movie




Dan sekarang nie bila dah kawin tempat pilihan aku pada waktu cuti, ialah di Jusco taman Equine.. takder entertaiment pun.. karaoke, wayang sume takder. Tapi ianya cukup selesa untuk bersantai2 sambil membeli belah.. Dekat, nak parking senang, orang tak ramai.. senang nak bawak anak..

Jusco Taman Equine


Nie kak long aku.. teman dia shopping kat jusco.. (gamba curi nih hehe)


Aku paling suka pegi La Boheme.. sebuah kedai roti yg terdapat kat Jusco..
Ada bermacam2 bakery disana.. ewah2..


Kalau dah asyik pegi Jusco jer.. kene la ada J card. Berbaloi la ada J card nie.. dapat diskaun speselly bila J card day.. Mula2 dulu aku malas nak buat J card nie, tapi, tiap2 kali aku beli barang mesti budak cashier tu tanya "J card ada kak?" aku letih tengok kat bebudak cashier tu asik tanya khabar J card jer, so aku buat la J card.. Now sebelum diaorg tanya, aku hulur J card nie dulu.. heheh

Adalah wajib setiap cashier tanya "J card ada?"pada customer -info~ Mohd Yunus,ex-sales consultan Jusco.

J card


Shopping at Jusco....Ini masa zaman tunang-tunangan..
muka ada tensen-tensen sket ..ekeke


Fish Spa.. aku pregnant 6 bulan masa tu...huhu



KESIMPULANNYA....

setiap tempat yang kita pegi mesti ada sebab dan tujuan..
sekian terima kasih,,.