Thursday, November 12, 2009

Majlis cukur jambul dan Aqiqah



Majlis nie diadakan pada bulan Jun dulu. masa tu baru 20 hari dalam pantang.
Memandangkan masa tu aku dalam pantang, so aku tak bole bergerak aktif dan pantas. Masa tu aku ada sedikit blur2 dan pening lalat. Dan aku sentiasa berkepit dgn anak aku jer. Kenduri nie ada kucar-kacir sket dan aku pun tak brape ambik port sgt. Berbeza masa aku kawin dulu hampir semua hal aku in-charge dan bole dikatakan berjaya.





So totally emak bapak aku yg arrange kan majlis nie dgn budget yg aku kasi. Majlis diadakan dengan bergotong-royong oleh org2 kampung Trolak Pekan.
Memang agak kelam kabut sket, tak tau la kenapa. Ayam lambat sampai la, minyak habis la..sampai makcik Simah Majid sedekah kan sebotol minyak masak kat bapak aku.

Sedang majlis dijalankan, tiba2 aku terbau nasik hangit, lalu aku terdengar suara org menjerit " oi nasik hangit oi, Kassim mana? ".





Anyway majlis nie berakhir dengan penuh meriah. Dengan lauk pauk yg sedap dan enak2 belaka. Time kasih kat emak n abah kerana bersusah payah mengadakan majlis nie.. Tak lupa kepada orang2 kampung Trolak yg rajin2 belaka.. kepada Pak Lang yg sanggup menunggu lama utk me marhabankan.. Thanks jugak kat abg Syah selaku kemera man... time kasih semua..
( ewah2 mcm nak buat ucapan kat radio pulak )




moral :
Jgn bermasam muka dengan emak anda ( berdosa tau ).
Kalo anda mengajak emak anda makan kat luar, tapi dia taknak, jgn la paksa dia. Dah tau dia tak reti makan pizza, nak ajak jugak. Ajak la makan roti canai ker..



1 comment:

IeYzA said...

terus terang cakap...mmg tak berani...cam kesian plak kat my doter...x sanggup uuuu